Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan guru. Secara rasminya iaitu pada 7 April 2015 maka Blog
BBM ASIAH AL-YAHYA ONLINE ini akan mula memberikan khidmat kepada semua golongan guru di Malaysia. Laman BBM Asiah Al-Yahya ini diwujudkan bagi menghimpunkan bahan dan alat
bantu mengajar yang yang dibina oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan
Kemasek dan sekolah yang lain. Diharapkan dengan terbinanya BBM Asiah
Al-Yahya ini akan dapat memudahkan guru-guru untuk mencari dan berkongsi
bahan bantu mengajar yang disediakan.